Monday, July 15, 2019

Hatiku Gundah Tak Bersebab..

Haaa..kelas sangat tajuk...haha.. Tetiba rasa nak menulis hari ini.. Sebelum ni dah ada rasa tapi tak rajin jadi hari ini akan ku curahkan semuanya di sini.. Bermula ceritanya semenjak percutian hari itu.. Apabila ada seorang sahabat yang menegur.. Tak tau la muka nampak blur ke muka nampak ada prob ke tengah berangan pun xtau lah.. Tiba2 dia bertanya, "Pikir apa tu lama sngat?".. Tiba2 tersedar dan terus menjawab mengikut yang diprogram oleh otak walaupun xdak kena mengena dengan apa yg ditanya. Tapi topik tu tak berakhir kat situ ja,ada pulak sambungannya masa makan malam tu. "Sejak kat hotel tadi, ang nampak len macam la, macam senyap ja. Kalau senyap ni aku tau ang tengah berpikir. Ada masalah ke? Citer la". Aku yang tengah berehat sekejap sebab dah terlalu kenyang pun terkejut. Terus bermonolog di dalam hati,          " Apsal plak ni? Aku ada masalah apa pulak? Takkan aku nak kata aku duk pikir nak pakai baju pa kat bilik tadi kot? Aku pikir apa tadi kat bilik?" Oleh kerana malas nak menjawab lagi dan xdak idea nak bagi jawapan pa, terus terkeluar ayat yang aku rasa punca smua masalah akan datang terjadi. Aku bagitau yang aku akan citer  kat diorang bila balik bilik nanti. Maka malam itu terkeluar lah cerita2 yang aku kalau boleh nak simpan terkeluar pada waktu itu jugak. Orang kata kalau kita luahkan perasaan yang kita pendam, beban kita akan berkurangan tapi aku rasa benda ni dah jadi semakin berat pulak. Cerita apa, biar lah disimpan, takut aku menyesal entah kali ke berapa pulak nanti. Sebenarnya crita yang aku bongkarkan malam tu cuma lah kisah peribadi dan tak ada kena mengena dengan aku mengelamun tu. Aku pun xtau macam mana aku boleh bagi jawapan camtu dan sejak itu lah aku sentiasa di'observe' kan. Contohnya, bila aku macam diam ja dikatakan ada masalah, bila mengelamun sengsorang pun dikatakan ada masalah. Aku pulak blur nak jawab pa. Jadi, seriously aku nak cakap kat sini, aku tak ada masalah. Yang mula menjadi masalah ialah bila anda sekalian cuba mengaitkan detik mengelamun atau detik berdiam diriku ini adalah dek kerana aku ada masalah. Segan nak cakap tapi aku ni memang jenis mengelamun, lagha la senang cerita. Duk berangan ni, duk bna fantasi sendiri, duk menyanyi dalam hati, duk teringat crita samarinda duk tgk tadi ka dan kadang2 aku cuma rasa nak kosongkan minda. Tu ja, xdak sebab lain. Satu lagi, memang kebanyakan masa aku diam sebab banyak berpikir. Mungkin kengkadang ada masalah tapi majoritinya adalah bila aku nak kena buat pilihan atau kena menyusun strategi atau jadual atau benda yg kena berpikir la pendek crita. Bagi yang mengenali diri ini, sudah pastinya tau, aku ni jenis yang ambik benda simple, tak suka pikir bnyak dan relax. Jadi penggunaan otak aku masa waktu2 itu adalah sangat sedikit sbab malas nak pikir. Jadi, bla aku terpaksa menggunakan otak aku untuk berfikir, contohnya nak pilih baju, nak plih makanan atau keadaan di mana aku berhadapan dengan situasi atau tempat yang aku x biasa dan x konfiden, memang aku akan perah otak aku seboleh-bolehnya. Jadi masa ini lah aku akan berpikir banyak dan sangat banyak dan boleh menyebabkan aku menjadi pendiam ataupun hilang fokus. Hrm..panjang lebar plak,dah macam diari. Jadi begitulah ceritanya. Kadang2 buat aku terfikir, adakah mereka betul2 faham diri ini atau mereka sebenarnya masih belum kenal diriku yang sebenar. Titik

No comments:

Post a Comment